Gambar di Kedah semasa atok
datang dua tiga tahun yang lepas.
3 MAY 2014
Malam yang biasanya riuh dek senda gurau 12 keluarga berkumpul di Kg Parit Tunggul, Parit Jawa, Muar, Johor itu kini sepi. Tiada lagi suara cucunya gelak bermain kejar-kejar atau nyorok-nyorok. Tiada lagi suara kaum ibu bergosip duduk di dapur bercerita mengupdate hal masing-masing sambil ketawa.

Mereka tahu, mutiara itu akan hilang, yang tinggal kini hanya tangis, hiba, kesal dan sedih. Beberapa minit selepas isya', Al-Quran yang dibahagi-bahagikan mengikut juzu' diedar kepada cucu-cucu serta anakandanya yang 12. Ruang tengah di rumah kampung itu kini dipenuhi dengan suara alunan ayat-ayat suci.
Atok terlantar atas katil, anak anak atok berkumpul mengelilingi katil, kalimah agung La Ilaha Illa Allah dibisik ke telinga atok. Nafasnya tidak seperti biasa, ditarik dalam dalam, dihembus perlahan lahan. Jika ditadah air mata yang mengalir ketika itu, hanya tuhan yang tahu banyaknya.
Jam tepat 11.15 pm. Atok menghembuskan nafasnya yang terakhir. Syukur, semuanya mudah.
Air mata mengalir tetap mengalir, bukan kerna tidak redha dengan ketentuan, tapi sebab kita manusia, sedih, kerna berpisah itu lumrah.

HAJI ABDUL KARIM BIN ABDUL MANAN
Itu nama atok, hidup hingga ke zaman sembilan pulohannya. Membasarkan 12 orang yang pelbagai ragam bukan tugas mudah, hanya atok yang tahu betapa payah. Atok pencen polis, meniaga satay untuk menanggung keluarganya yang ramai.
Selama 18 tahun saya kenal atok, atok tak pernah tinggal jemaah, selagi tiada uzur dia pergi, sampai ke hari emasnya. Atok selalu doa untuk anak cucu dia.
Saya ingat lagi, waktu itu mungkin saya darjah enam kalau tak salah, atok ziarah rumah saya di Kedah untuk beberapa hari, masa nak dekat balik, atuk hulurkan satu sampul surat warna merah jambu, didalamnya ada beberapa wang kertas. Di sebelah luar, disertakan nota dalam tulisan jawi "Kepada cucunda Dr Imran, semoga Imran menjadi anak yang soleh dan sentiasa doakan atok."
Atok, mungkin Imran tak jadi Dr macam yang atok harapkan, tapi Imran janji akan berusaha menjadi seorang yang bermanfaat kepada masyarakat, dan menjadi anak yang soleh dan sentiasa doakan atok.
Atok, mungkin hari ni kita berpisah kat dunia, tapi satu hari nanti, insyaAllah kita semua kumpul dalam syurga sama-sama, selamanya.
Al-Fatihah.